Apa pun yang terjadi, Berjalanlah tanpa henti, Nanti kita kan tahu, Betapa bijaknya hidup..Sepahit apa pun,ini pelajaran yang bererti..


Tuesday, May 27, 2008
:: saya telah berhijrah ::

PENGUMUMAN UNTUK SEMUA READERS...

saya dah pindah.takmo duduk sini lagi.saya dah ada rumah baru.wpun masih byk kekurangan,tp saya akan usahakan supaya ianya jd tempat yg indah utk saya.

jom,ke rumah baru saya!!

http://adzrina.blogspot.com


Posted at 11:24 am by riena
ada nak komen apa-apa?  




Wednesday, May 21, 2008
:: 3 days to go.. ::

Bismillahirramanirrahim...

percaya @ tidak,hari pernikahan saya akan berlangsung pd jumaat = lusa. perasaan?? -----------speechless------------

saya tak sabar tunggu kakak saya blk mlm ni.

saya tak sabar tunggu saudara2 saya dr kelantan yg bakal tiba esok dan lusa.

saya tak sabar nak jumpa kwn2 saya yg akan dtg tlg saya nanti.

saya tak sabar .... ngeh ngeh ngeh...

Alhamdulillah,setakat ni semua berjln lancar.ma dah siap membeli barang2 utk dimasak. pelamin dan bilik saya pun dah siap. terima kaseh kpd mereka yg telah membantu. saya amat menghargai jasa mereka. Sgt2.

Alhamdulillah, dlm kemelut kewangan yg melanda saya, tapi ALLAH sygkan saya..DIA memberikan rezeki yg kadang2 kita tak duga. terima kasih tuhan kerana memberikan kemuliaan hati dan sifat pemurah kepada mereka2 itu. rahmatilah hidup mereka Ya Allah...amin.

Alhamdulillah, walaupun dilanda ujian2 yang tak terduga, tp saya masih punya keluarga dan kawan2 yg prihatin, yg sanggup membantu, yang sentiasa bertanya khabar. ia membuatkan saya rasa bersemangat dan mampu utk terus tersenyum. Alhamdulillah...

Lusa dan tulat, semoga semuanya lancar dan diberkati oleh ALLAH SWT.

 

------------------------------------------------------------------------

tiap2 hari saya mesti buka blog si Tnoe ini  { http://tnoevilwitch.blogspot.com/ } utk mendengar lagu yg best itu.dia kwn baik anak sedara saya si Ifah itu { http://miszafie.blogspot.com/}. dan tetiba saya telah di tagged oleh si Tnoe. saya tak kisah,sptmana saya suka buat survey, saya pun suka kena tagged. Dan ini soalannya :

topic : 5 important person in your life!

1. Ma :: tentulah ibu tercinta adalah org yg paling penting dlm hidup saya. membayangkan ketiadaannya saja dah bisa buat saya menangis teresak2.

2. kakak & abg2 saya :: saya adalah adik kesayangan mereka. apa saja mereka akan lakukan utk saya. hatta mati sekalipun mereka sanggup. saya tahu itu wpun mereka tak pernah ckp.

3. Anak2 saudara saya : syg saya pd mereka = saya sanggup buat apa sj utk kebaikan mereka. tp saya tak pernah ckp mcm tu pd mereka. dan saya rasa mereka pun tak tahu saya syg mereka lebih dr saya syg diri saya sendiri.

4. kwn2 saya : hidup tak bermakna tanpa kalian.

5. bakal suami saya, En Mohd Salleh : eh..camna bleh dok ranking bwh ni??

Yang penting, saya syg semua org. saya hargai semua org yg dlm hidup saya.semua org adalah penting dlm hidup saya. Hatta Siti Nurhaliza dan Anuar Zain pun. hehehe..

saya tak nak tagged sapa2. sapa2 nk buat,silakan... :)


Posted at 09:25 am by riena
ada nak komen apa-apa?  




Monday, May 12, 2008
:: saya ke'bingung'an ::

Bismillahirrahmanirrahim..

++ saya bingung.esok saya akan menduduki peperiksaan perkhidmatan UiTM.persediaan saya tentang itu masih sifar. terima kaseh byk2 utk Ben Oyama sbb sudi meminjamkan buku2 nya utk panduan saya. (kemarin saya bwk ben dan her son ke opisnya di perda,weeee..sgt terhibur dgn keletah si Min.mesra alam!) walaupun dah ada nota,ada buku,tp saya sgt malas utk mentelaah. sgt tak minat.abih mcm mana nak exam besok???uwaaa....cry

++ saya bingung.hari bahagia saya hanya 11 hari saja lg.(hah??11 hari lagik???) tp mcm byk benda yg tak buat lg..smlm saya cuba2 utk decorate pelamin saya,tp hampeh.ianya menemui jalan buntu.(itulaa..gatal2 tak nak tempah pelamin dgn org..kan dah padan muka!tolonggg!!!! ) cry itu belum lg decoration utk bilik saya..uwaaa....

++ saya bingung. masalah kewangan telah melanda. hari2 menghitung hari gaji,bkn nya hari kenduri...

andainya ada 'malaikat' yg dtg menolong saya tika ini..

tp saya tahu, DIA pasti akan menolong saya...amin....

doakan saya ya!Wink


Posted at 10:54 am by riena
ada nak komen apa-apa?  




Friday, May 09, 2008
:: 2 nites being alone.. ::

Bismillahirrahmanirrahim...

last wednesday Ma dgn Abg Man blk kg @ Kota Bharu, ada hal sket.Wink

Abg An pulak keje ptg, kul 4 pm - 12 am.

So tinggallah saya keseorangan di rumah.

mlm pertama ditinggalkan tu.. blk keje waktu petang tu ok lg..mandi,solat asar,tgk cite Bella sambil mkn burger..

masuk je maghrib mula laa rasa semcm..alamak..i takutlah.

takpe2..saya solat,baca Quran..sampai isyak..

pastu tgk tv, dgn volume tv tu bleh tahanlaa kuatnya...

pastu masuk pukul 11 pm,saya switch off tv,waktu utk tido..

alaa..nape sunyi sgt nihh...mulaa laa teringat yg bkn2..

saya pun capai henset, " abg an,blk cpt skit..ina takut arr.."

dia reply, " ina dok aarr sorg2,abg an blk pg esok.."

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! crycry

20 min kemudian,saya dgr bunyik motor masuk lama umah saya...saya kenal bunyik moto itu..saya jenguk di blk tingkap (dgn beraninya..)

yeay,alhamdulillah..abg an dah blk..

maka bolehlaa saya tido dgn nyenyak tanpa rasa takut lg..ngeh ngeh ngeh..

mlm kedua, saya lepak di rumah ayah saya..sampai jam 9..baru saya blk umah..

mandi,solat,mengaji dan terus tido tak ingat dunia..hehehe..

Hari ni Ma balik dah..jd saya tak keseorangan lagi..

penakut jgk saya ni rupanya..hrp bdn je besar! hahaha!!Big Smile








Posted at 03:23 pm by riena
ada nak komen apa-apa?  




Tuesday, May 06, 2008
:: Ma, Ina sayang Ma.. ::

:: SEMPURNA ::

Kau begitu sempurna, dimataku kau begitu indah
Kau membuat diriku, akan s’lalu memujamu

Disetiap langkahku, ku ‘kan s’lalu memikirkan, dirimu
Tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku,
tak ‘kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa


Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku, lengkapi diriku
Oh sayangku kau begitu,
sempurna, sempurna~

Kau genggam tanganku, saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata, dan hapus semua sesalku

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku, lengkapi diriku
Oh sayangku kau begitu,
Sayangku kau begitu,
sempurna, sempurna...

lagu di atas mengingatkan aku pd Ma,bonda tercinta..bila dgr lagu tu tak ingat utk kekasih @ tunang @ bakal suami @ apa, aku hanya ingat ma..takde org lain yg layak utk terima lirik yg indah dan istimewa spt itu..

Aku cuba untuk menulis tentang ma,tp bila aku mula mencuba,air mata dah mula bergenang..susah..sgt payah.. ma terlalu istimewa untuk diceritakan. segala kekuatan yang ada padanya,segala pengorbanan dan kesusahan yang dialaminya demi anak-anak, tak mampu utk aku coret dgn jutaan perkataan.

pernah kalian bayangkan,kalau ibu tiba-tiba pergi dari hidup kalian??

aku mencuba,tp selepas itu aku akan menangis.Itu baru membayangkan,belum lg realiti. Aku tak boleh membayangkan bagaimana kalau ma pergi meninggalkan kami adik beradik..ahhh..air mata dah mula bergenang.

cukuplaa dulu,nanti banjir lak library nih.


Posted at 01:31 pm by riena
ada nak komen apa-apa?  




Monday, May 05, 2008
:: JOM REUNION!! ::

anda nak jumpa kawan-kawan lama anda???
nak tahu apa perkembangan terkini mereka???
ayuh!! anda dijemput untuk menghadiri majlis reunion x-irshad (utk tahun 1994-1998 sj ye..seniors @ juniors sila tunggu next reunion..hehehe) yang akan diadakan pd :
 
TARIKH : 5 JULAI 2008
TEMPAT : BANGLO BAYU SENJA,BATU FERINGGHI
MASA : 3 PETANG - 10 MALAM
BAYARAN : RM80 (MAKANAN DAN CENDERAHATI)
 
anda juga digalakkan untuk membawa pasangan masing-masing (suami/isteri dan anak2)
dengan bayaran tambahan RM50 seorang (tanpa cenderahati).
 
SILA SAHKAN PENYERTAAN ANDA SEBELUM 1 JUN 2008 DENGAN MENGHUBUNGI MEREKA INI :
 
badariah ahmad oyama : 017-3990777 (badariah.oyama@gmail.com)
ismail rafek : 012-4311561 (astute_mail@yahoo.com)
Edi Shazril : 012-5592689 (shazris@proton.com)
Nur Diyanah : 019-3848110 (diyana@salam.uitm.edu.my)
 
JOM!! KITA JUMPA RAMAI-RAMAI!!!

Posted at 05:46 pm by riena
org2 yang telah mengomen  




Friday, May 02, 2008
:: 22 days to go!! ::

 Bismillahirrahmanirrahim..

sedar tak sedar..bulan mei sudah menjelma..maknanya,hari kebesaran saya akan tiba tak lama lg!! berapa hari je lagi..Subhanallah..sekejap je masa berlalu..

Alhamdulillah,buat masa ni semua persediaan berjalan lancar. Tinggal 1-2 benda je lg yg perlu dibuat,tu pun sbb takleh buat awal2..kena tunggu last2 jgk..berkat buat berdikit-dikit..

perasaan??? usah ditanya,antara berdebar dan gembira,saya sebenarnya sgt3 sedih..dah 27 thn jd anak kesayangan keluarga,tiba2 perlu berjauhan membina hidup sendiri..ahh..mcm tak sanggup..tp kena jgk..saya akui,saya anak manja. ye laa..dr kecil saya dibesarkan oleh ma tanpa ayah disisi,selayaknya saya terima perhatian tak berbelah bagi dr ma,kakak dan abang2..kan?

saya ditakdirkan bertemu jodoh dgn insan yg sgt berdikari,tak suka bergantung pd org lain dan suka akan kebebasan sendiri.dan harap2nya,dia akan menjaga saya sebaik mungkin.amin..walaupun kami sama2 anak bongsu,tp tak bermakna kami ni sgt manja dan bergantung pd org lain ya!!

22 hari lg..semoga semuanya berjalan lancar..amin..



Posted at 04:18 pm by riena
ada nak komen apa-apa?  




Tuesday, April 29, 2008
:: saya bikin susah org.. ::

Bismillahirrahmanirrahim...

Ahad lps, saya ikut kakak saya blk Bangi,dgn tujuan utk menghadiri temuduga sambung MA tuh..

saya called pensyarah fakulti tu,utk mintak ditemuduga pd isnin(semalam) tp saya gagal.beliau minta saya dtg pd selasa jgk.

jd kelapangan masa yg ada semalam, saya kuar merayau2 sekitar Bangi,dan lunch dgn sahabat saya Noorihan di warta.. Sebelum pulang,saya singgah di Tabung Haji utk update buku Tabung Haji saya.

saya diberi ingatan,untuk memenuhi akaun tabung haji saya berikutan jumlahnya yg masih 'kecil' dan pd masa yg sama saya hanya ada 2 thn lg utk menunaikan haji.

waahh..ini tidak bagus utk kedudukan kewangan saya skrg..mcm mana ni??saya nak sambung belajar,dan pd masa yg sama,saya pun nak menunaikan haji..(sesiapa yg mendaftar utk menunaikan haji pd thn ini,mereka hanya boleh menunaikan haji pd thn 2020.) Jd saya tak nak tangguh2 lg..dah byk tahun saya tangguh.Ini tidak baik utk saya.

Saya pikir dan pikir dan pikir dan pikir dan pikir dan pikir...

Akhirnya, saya called ma,bgtau yg saya nak balik penang dan nak tangguhkan hajat saya utk sambung belajar.. Rupanya,ma pun sbnrnya tak berapa yakin saya akan dpt laksanakan hajat saya tu.Ma tau kemampuan saya setakat mana.

dan tunang saya pulak, dia sgt memahami. Dia tak kisah apa keputusan saya,as long as saya happy dgn apa yg saya buat. dan dia kata,masa masih pjg utk saya buat apa yg saya nak.dan dia akan sentiasa menyokong saya.

Cumanya kakak saya laa,dia kata saya dah sampai sana,jd pegi ajelaa interview tu..kalau tak mcm sia-sia je..tp,saya dah nekad.saya tau kampus puncak perdana tu jauh sgt,sampai abg ipar saya amik cuti half day utk hantar saya ke sana.jd,buat apa saya menyusahkan dia kalau saya dah tau saya tak nak belajar lg???Ina mintak maaf sgt2 kak dan abg pi...

Dan ptg semalam,kakak saya hantar saya di Jalan Duta,dan saya naik bas transnasional jam 6.30 ptg utk pulang ke penang..."hmm..abg pi baru plan nak bwk ina dan anak2 mkn chicken chop mlm ni..." uwaaaa!!! lain kali ya kakak...

saya dah tau,kenapa saya jd begini : sbbnya masa saya isi borg utk sambung belajar hari tu dlm keadaan terburu-buru dan tanpa pertimbangan sewajarnya.dan yang paling utama,saya tak buat solat isthikharah utk mintak petunjuk Ilahi.

hari ini saya dah kembali ke library kesayangan saya...dan membuatkan beberapa org kwn2 saya tercengang tgk saya..

"aik..kata cuti hari ni..??apahal plak dok ada tang ni??"

hehehehehehehe....

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

ohh ya..masa saya jumpa Noorihan semalam, dia bgtau saya,berkat niat baik dia utk ziarah ibu mertuanya dan menangis sbb tak dpt gi kenduri saya, dia akhirnya dpt cuti seminggu dr majikannya, dan dia dpt laksanakan kedua-duanya hajatnya : utk ziarah ibu mertuanya dan hadir kenduri saya.

bagus kan??? saya sgt gumbira...terima kasih Allah.


Posted at 08:48 am by riena
ada nak komen apa-apa?  




Thursday, April 24, 2008
:: Dedicated to Noorihan aka Arn ::

Bismillahirrahmanirrahim

Pg ni terima panggilan dr Arn,

 Arn : Na..aku nak habaq kat sesuatu..dan aku hrp hang faham dan tak kecik hati..

aku : (alamak..apahal pulak ni..suspennya..) bgtau je an..jgn risau,aku ok..aku bersedia..apanya?

Arn : mcm ni, Na..aku rasa,aku tak boleh pi kenduri hang..

aku : (gullpp...ohh..kenapakah??aku diam dulu..menanti kata-kata Arn seterusnya..)

Arn : kemarin mak mentua aku call,dia kena masuk hospital 20/5 ni..jd husben aku mintak nak blk minggu tu..bermakna kami tak boleh hadiri kenduri hang..na..mcm mana ni..aku dah janji dgn hang..aku pun mmg nak sgt2 p kenduri hang..tp,suami dgn mak mentua pun aku kena pikir jgk..(suara dia dah mula bunyi sebak..aku tau mesti mata dia dah mula berkaca..) dan boleh tak aku pi kenduri hang seminggu sebelum tu..?smlm lagi abg dwan dah pujuk aku,tp aku diam ja,aku tak bg apa2 keputusan lg..aku nak p kenduri hang..tp..Na....

Aku : my dear An..kdg2,ada benda yg perlu kita bg priority lebih..kita perlu mengorbankan sesuatu utk mendapatkan sesuatu..dan dlm kes ini,aku rela dikorbankan..jgn risau Arn,aku faham..aku tak apa2 kalau hang tak mai..sbb bg aku ingatan hang pd  aku dah cukup memberi makna yang besar...ikut ckp suami,arn..dia syurga kita..aku tak pa,aku tak kisah..percayalah..

 

Arn : tp na,aku sedih...(hah..aku tau,mesti dia dah nangis dah..)

Aku : Arn..sungguh,aku tak apa2..nanti hang blk jenguk aku seminggu sebelum kenduri,bg brg2  hantaran tu..kita jumpa sebelum kenduri..ok dear?dah..jgn pikir2 lagi..awak tu mengandung..nanti depressed plak..jg diri,jg kesihatan..

Arn : Na..terima kaseh byk2..aku mintak maaf sgt2..

Aku : it's ok arn..aku tak apa2..

Arn : ok,nanti sembang lg..assalamualaikum..

tamat perbualan,aku termenung jap..pastu senyum..kasihan Arn..susah hati sgt dia..begitu ambil berat kat aku..tp,dia bertuah sbb aku bukan jenis kawan yang mementingkan diri sendiri..kita takde hak utk memaksa org lain ikut kehendak kita..kan??

10 minit kemudian,aku terima sms, dr arn :

"thanks na,husband aku happy sgt dgr tadi. Moga Allah berkati hang dan family"

amin....

aku reply :

"arn,aku syg hg sgt2 dan xmau hg terbeban dgn kenduri aku. perhatian dan usaha hang utk aku selama ni dah cukup buat aku rasa hang adalah sahabat aku utk selamanya..i luv u!"

see!! bukan susah nak buat org happy dan senang hati,kan??

 


Posted at 09:37 am by riena
ada nak komen apa-apa?  




Tuesday, April 22, 2008
:: saya.. ::

Bismillahirrahmanirrahim...

saya :

+ mengantuk ni..tak sabar nak blk umah tido..eh..takleh..mlm ni ada desperate housewives..kena stay up jgk...


+ penat..dr pg kuar umah..menunggu si Ifah tu belajar kereta..masuk keje pukul 1..blk kul 10..arghhh...

+ rinduuuu...tunang saya lately ni sibuknya teramat...berkejar ke sana kemari..sms saya pun just to say good nite..sedih2...tapi dah paham dah..saya tau apa dia buat..

+ suspen...minggu dpn saya ada interbiu..ingat permohonan saya utk sambung MA tu??haa..saya kena interbiu dulu sebelum dibenarkan sambung belajar..adei..suspen...

+ teruja..bln 7 nanti x-schoolmates saya akan adakan reunion..and i'm so excited about it..rasa tak sabar nak gi reunion dari nak kawen! hahahahaha!! mcm mana tu????

+ and again..saya kepenatan..saya taktau apa yg saya pikir..apa yg saya perlu buat..yang mana patut saya pentingkan...

thank Allah, i've my mom,my family and my closest friends besides me...alhamdulillah..



Posted at 09:17 pm by riena
ada nak komen apa-apa?  




Next Page
 

:: NAY :: :: Pulau Pinang :: :: 6 April 1981 ::



Daisypath Wedding Ticker





   





 
<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31




Sembahlah DIA dgn khusyuk,
ingat DIA pd waktu kita senang,
supaya DIA ingat pula kita pada waktu kita sengsara.
DIA lah yang akan membimbing tanganmu.
DIA lah yang akan menunjukkan haluan hidup kepadamu. DIAlah yang akan menerangi jalan yang gelap.
Jangan takut menghadapi cinta.
Ketahuilah bahawa ALLAH yang menjadikan matahari dan memberinya cahaya.
ALLAH yang menjadikan bunga dan memberinya harum. ALLAH yang menjadikan mata dan memberikannya penglihatan.
ALLAH yang menjadikan tubuh dan memberikannya kesihatan.
Maka ALLAH juga menjadikan hati dan memberikannya cinta...










 
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed